Thursday 5 May 2011

pengorbanan seorang isteri

 Pengorbanan Seorang Isteri Nurmemerhatikan jam didinding, sudah dekat pukul 12.00 malam,argh.. Dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini.   2.00 pagi. "Ana, Ana bangun sayang". Iqram mengejutkan isterinya. "Eh! abang dah balik, maaf Ana tertidur, abang nak makan?" tanya Ana. "Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur di atas". Jawapan yang cukup mengecewakan Ana.  "Arrggh rindunya Ana pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang, abang tak nak tengok ker apa Ana masak hari ni, ikan cencaru sumbat kesukaan abang," luah Ana dalam hati.   "Abang naiklah dulu Ana nak simpan lauk dalam peti ais dulu", Pinta Ana sambil menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan Kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta kecil Hatinya sedih perasaannya. Ana ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk mengalas perut kerana dia sememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu. Ana menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur. Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap.   "Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Ana", bisik hati kecilnya. 
 "Aargghh rindunya Ana pada abang. "Ana rindu nak peluk abang, Ana nak kucup abang, Ana
rindu abang".

  
"qram, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri.   "Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab Iqram acuh tak acuh. "Wow dasyat kau, kalah kami yang bujang ni, woi semalam malam Jumaat ler, kesian bini kau". Zikri bergurau nakal.   "Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00", aku balik pun bini aku dah tidur. "Balas Iqram.   "Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau ada masalah dengan Ana ke?". Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke universiti malah sekarang bekerja sebumbung.   "Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan aku bencikan Ana, kami tak bergaduh tapi entahlah", terang Iqram.  "Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengar semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?". Usul Zikri. "Ok." Ringkas jawapan Iqram sambil menyambung kembali merenung plan bangunan yang sedang direkanya. 

Sayunya rase hati Ana. sudah beberapa hari Iqram pergi tanpa sempat diamengucup dan salam isterinya itu.
Ana membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat manis dia diijab kabulkan dengan Iqram. Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan. Saat-saat sebegini Ana teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa. Ana menangis sepuas hatinya.   5 tahun menjadi suri Iqram, bukan satu tempoh yang pendek. Ana bahagia sangat dengan Iqram, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin menjauh. Ana sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Iqram. Makin laju air matanya mengalir.  

"Abang sanggup menerima
Ana, abang tidak menyesal?". tanya Ana 5 tahun yang lepas.   "Abang cintakan Ana setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah abang akan bahagiakan Ana dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih saying buat Ana,"janji Iqram.  "Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?". Tanya Ana lagi.   "Syyy... doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah, Insya-Allah abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri", Iqram meyakinkan Ana.   Ana masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Iqram dia mungkin tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. Tapi Iqram yakin Ana mampu memberikannya zuriat. Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas 5 tahun, Ana tidak disalahkan Iqram sekiranya dia sudah mengalah danterkilan kerana Ana masih belum mampu memberikannya zuriat. Walaupun Ana sudah selesai menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional. Arrghh rindunya Ana pada abang.  

  "Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan
Ana, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak Mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi..." ayat Iqram terhenti disitu. "Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?", Celah Zikri.   “Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya,duduk rumah saja,sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya", terang Iqram.  "Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia?", tingkas Zikri.   "Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku tahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, Dan akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Ana sebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya macam dulu kerana aku akan simpati aku pada dia akan bertukar Menjadi perbalahan", Jelas Iqram.    "Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia?", kata Zikri tidak berpuas hati dan menambah, "apa kata korang ambil saja anak angkat?"   "Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kawin lagi, tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup", Ujar Iqram.  
Ana masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi Dengan pergi berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara mara ataumenjenguk orang tua Iqram dikampung. Kini dah hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua dan iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka dengan itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua mertuanya. Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk mereka, itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya, maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit.   Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa Pulang ke kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke kampung, tapi kini... aarghh rindunya Ana pada abang.   Ana tahu Iqram pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan memancing, dan hari ini sekali lagi Ana menjadi penghuni setia rumah ini bersama setianya kasihnya kepada Iqram. Ana masih tidak menaruh syak pada Iqram, dia masih cuba memasak sesuatu yang istemewa untuk Iqram bila dia pulang malam nanti, tapi Ana takut dia kecewa lagi.   Arghh tak apalah,demi suami tercinta. Aaarggh Rindunya Ana pada abang.  

  "So you dah tahu i dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan I kenapa? Adakah kerana simpati atau ikhlas?" tanya Iqram pada Leesa yang dikenali dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing.   Sejak itu Leesa menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang teman makan malamnya.   "I ikhlas Iqram, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah Mula sayangkan you". Leesa berterus terang. Lega hati Iqram, tapi Ana?    "Abang Ana tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja," Adu Ana pagi tu, sebelum Iqram ke pejabat.   "Ye ker? Ambil duit ni, nanti Ana call teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh hantar Ana ni." jawapan Iqram yang betul-betul Membuatkan Ana mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Ana sakit demam Iqram sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Ana. Arrgghh rindunya Ana pada abang.   Disebabkan Ana terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak mahu ke klinik selepas makan dua bijik panadol, dia terus berbaring.   Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amat sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Ana menangis lagi. Malam tu, seperti biasa Iqram pulang lewat setelah menemani Leesa ke majlis harijadi kawannya. Ana masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Iqram. Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada manusia yang ada didepan mata setiap hari.  Apabila Iqram selesai mandi dan tukar pakaian, Ana
bersedia Untuk membuka mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat sangat.   "Abang, Ana nak cakap sikit boleh?" Ana memohon keizinan seperti kelazimannya.   "Ana, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah Iqram. "Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang Akan balik lambat, Ana tak berpeluang abang". ujar Ana dengan lembut.   "Eh.. dah pandai menjawab,"perli Iqram.   Meleleh air mata Ana, dan Ana rasa bersalah dan bertanya apa Yang Ana nak bincangkan.   "Kenapa abang terlalu dingin dengan Ana sejak akhir-akhir ni? Tanya Ana.   "Ana, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?" Iqram beralasan.   Ana agak terkejut, selama ini Iqram tak pernah bercakap kasar Dengan dia, dan dia terus bertanya, "dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Ana, tapi sekarang?" Ujar Ana.   "Sudahlah Ana abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang menyesakkan dada", bantah Iqram lagi.   "Sampai hati abang, abaikan Ana, Ana sedar siapa Ana, Ana tak mampu berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada suara tangis anak-anak bukan? Dan Ana terus bercakap dengan sedu sedan.   "Sudahlah Ana abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka. Bosan betul..."  

Pagi tu, Iqram keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Ana dan tanpa suara pun. Ana makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi. Malam tu Iqram terus tidak pulang ke rumah, Ana menjadi risau, telefon bimbit dimatikan, Ana risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun dan maaf dari Iqram bila dia kembali. Ana masih menanti, namun hanya hari ketiga baru Iqram muncul dan Ana terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Iqram hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja. Ana kecil hati dan meminta Iqram pulang malam nanti kerana dia ingin makan bersama Iqram. Iqram sekadar mengangguk. Tetapi malam tu Ana kecewa lagi. Iqram pulang lewat malam. Demam Ana pulak makin teruk, dan esoknya tanpa ditemani Iqram dia ke klinik, sebab sudah tidak tahan lagi.     Abang pulanglah abang, pulanglah Ana ingin beritahu perkhabaran ini, pulang abang, doa Ana. Ana kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon itu disambut oleh Zikri.   "Syukurlah Ana kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, Boleh aku jumpa kau?", tanya Zikri   "Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku,berdosa tau", tolak Ana.   Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Ana itu. Setianya kau perempuan, bisik hatinya.   "Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku, boleh?" pinta Zikri   "Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau, last sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan ?" setuju Ana
.   
--------------------------------------
"Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Ana hanya tersenyum penuh makna, dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik". Pilu hati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan.   Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan Berita itu. Zikri serba salah.   "Ana, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nak mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Iqram dalam Proses untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam Saudara sendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau tanyalah dengan Iqram dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga korang." terang Zikri.   Ana menangis semahunya dibahu Mak Siti, rasa hampir luruh Jantung mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Ana menantikan Iqram sehingga ke pagi, namun dia masih gagal.   Dua hari kemudian Iqram pulang dan sibuk mengambil beberapa Pakaian penting, dan masa ini Ana bertekad untuk bertanya.   "Ya betul apa yang Ana dengar tu, dan kami akan langsungkan jugak, dan abang takkan lepaskan Ana, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Ana, kerana mereka juga sayangkan Ana, dan Ana kena faham abang inginkan zuriat sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan Ana." Janji Iqram.   Ana sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Ana terlalu kecewa. 

Iqram masih menanti diluar, rasa amat bersalah bersarang dikepala, sejak dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan
Ana pengsan dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih resah.   "Insya-Allah En. Saiful Iqram, dua-dua selamat". terang doktor pada Iqram.   "Dua-dua apa maksud doktor? tanya Iqram  "Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak Berehat kerana rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak Akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi kami dah mulakan injection Untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni," terang doktor.   "Ya Allah Ana mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Ana", kesal Ana.   Malu rasanya untuk menatap muka Ana.   "Kenapa Ana tak bagi tahu abang yang Ana mengandung? kesal Iqram.   "Ana memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang Sudah bertunang dan akan berkahwin dengan perempuanAna  tak sampai hati bang, Ana tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu." Jelas Ana.   "Ana sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang Cuma sekadar berkawan sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi, dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak ama lagi." janji Iqram.   Kesal kerana mengabaikan Ana yang mengandung itu, membuatkan Ana risau dan akhirnya pitam dihalaman rumah, mujurlah ada jiran nampak Dan membawa kehopital, dan mujur jugak Ana pengsan dihalaman, dapat dilihat orang.  

"Mama kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat,"marah Iqram bila melihatkan Ana cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu, mertua dia meminta supaya Ana tinggal saja dirumah sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya tidak kuat.   "Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah."balas Ana. Itulah panggilan manja mereka sekarang ni.   Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan melakukan pemeriksaan, dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doctor mengarahkan supaya Ana hanya berehat dihospital, supaya senang mengawasi Ana dan andainya apa-apa berlaku Ana akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung. Setiap hari Ana akan dilawati oleh Iqram. Ana amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar, amat berharga kehadiran dia nanti, sebab itulah Ana sanggup tinggal di hospital, sanggup menelan berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu.   Kandungan sudah di penghujung 7 bulan, Ana amat bahagia merasakan gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setaip tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan. Doktor makin teliti menjaga Ana, kerana bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Ana mengalami pertumpahan darah Yang serius, lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit sahaja. Iqram tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namun cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu, apakah khabarnya Ana di dalam sana . Iqram makin risau, setengah jam kemudian doctor keluar.   Iqram meluru "doktor bagaimana isteri saya ?", Iqram terus bertanya.   "Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik dapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba Sedaya upaya untuk selamatkan Puan Sofea Adrianna ." terang doktor.   "Apa maksud doktor? Tanya Iqram yang sudah tidak sabar.   "Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya menggantikan darahnya yang keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya." Jelas doktor.   "Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat."    
Errrmmm... lekanya dia sampai terlena." tegur Iqram sambil membelai dan mengusap kepala Illi Syameera yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan Ana. Ana hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usia illi. Sofea Adrianna masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan semangat demi Illi Syameera buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih saying pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi, semalam dia mimpikan arwah ibunya, datang menjenguk dia dan illi, tanpa suara, ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja.   Hari ini Ana menjadi seorang perindu, ia rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu pada Iqram.   "Mungkin mak Ana datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira", pujuk Iqram menenangkan Ana. "Abang... tolong Ana bang!!" laung Ana dari bilik air.   "Ya Allah Ana kenapa ni? Iqram ketakutan.   "Mak... tolong mak... makkkkkkkkkkk" Iqram menjerit memanggil emaknya didapur.   "Cepat, bawak pergi hospital, cepat Iqram" perintah Mak Zaharah.    
------------------------------------
  "Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar, dan kami tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan Akhirnya dia dijemputNya", terang doktor. Terduduk Iqram mendengarkan hal itu.   Jenazah selamat dikebumikan. Illi Syameera seakan mengerti yang dia sudah tidak akan menikmati titisan-titisan susu Sofea Adrianna lagi. Illi menangis seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya. Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan neneknya. Illi terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu. Semua terpaku dan terharu, Iqram mendukung illi dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia terlelap didakapan papanya.    

Abang yang Ana rindui,   Abang maafkan Ana kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Ana sudah jauh meninggalkan abang, Ana tak harapkan Ana akan selamat melahirkan anak ini, tapi Ana harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada Ana. Itu harapan Ana bang. Ana masih ingat, rumah tangga kita hampir runtuh kerana Ana tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni doa Ana dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Ana menanggung segala kapayahan demi zuriat ini bang. Saat Ana menulis surat ini, Ana masih lagi menjadi penghuni setia katil hospital ini. Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Ana bahagia merasa tiap tendangan dia abang, Ana bahagia, cukuplah saat manis ini Ana dan dia.   Ana rasakan setiap pergerakannya amat bermakna, dan andainya ditakdirkan Ana hanya sempat untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan sahaja Ana redha bang. Siapalah Ana untuk menolak ketentuanNya. Ana tak mampu abang. Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Ana untuk mengandungkan zuriat dari benih abang yang Ana cintai dan kasihi selamanya. Ana redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi,  kerana Allah telah memberikan Ana sesuatu yang cukup istemewa, dan andainya maut memisahkan kita Ana harap abang redha sebagaimana Ana redha.   Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Ana untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika. Andai Apa yang Ana takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Ana harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Ana harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Ana harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Seumur hayat Ana, Ana tak pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah permintaan Ana, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang.   Abang yang Ana rindui...   Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Ana ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang, tapi Ana tak berkesempatan, dan Walaupun kini Ana tiada lagi, tapi Ana nak abang tahu yang...   Ana rindukan abang...... Ana rindu sangat dengan abang..... Rindu bang... rindu sangat....   Sekian,   Ikhlas dari nurani isterimu   Sofea Adrianna Bt. Abdullah 


Iqram melipat kembali surat itu, yang telah dibaca berulang kali dan kini dia amat rindukan Sofea Adrianna... dan kini barulah dia sedar betapa berharga sebuah kerinduan itu.....
Ana.... abang juga rindukanmu sayang.. bisik hati Iqram.

No comments:

Post a Comment